Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Khairi Khairudin dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu berjaya membuat serbuan dan rampasan susulan laporan polis yang dibuat sebelum ini.
Hasil pemeriksaan ke atas bengkel itu berjaya menemukan 11 buah motosikal jenis Yamaha RX-Z, empat casis dan enam komponen enjin motosikal lain.
Kesemua barangan tersebut dibawa masuk dari Thailand tanpa dokumen sah.
Lelaki 41 tahun yang mengaku sebagai pemilik rumah didapati mempunyai tiga rekod jenayah di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 61 (1) LLPK Langkah-Langkah Pencegahan Khas.
Hasil siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat, manakala ujian saringan air kencing dijalankan ke atasnya adalah negatif.
Serbuan dilakukan oleh 48 anggota polis termasuk 12 pegawai kanan yang menjalankan Op Mega Lejang Terengganu bermula 1 hingga 31 Januari lalu.
Sepanjang tempoh itu, 14 buah premis telah diperiksa membabitkan 30 motosikal pelbagai jenama.
SUMBER : BuletinTV3