BMW R1300 GS Adventure 2025 - kini hadir dengan gear auto, mod enduro

oleh Firdaus Razani|
BMW Motorrad baharu sahaja melancarkan motosikal touring adventure sensasinya dengan versi lebih agresif iaitu BMW R1300 GS Adventure atau lebih dikenali sebagai GSA 13.
CHERY Tiggo 7 Pro MREC Banner Campaign November 2024
JAECOO OMODA C9 MREC Banner Campaign December 2024

Secara keseluruhan, motosikal ADV ini telah menerima hampir kesemuanya versi baharu, dari rupa reka bentuknya, sehingga ke ciri-ciri teknologi yang ditawarkan.

Sinonim dengan kemampuanya untuk merentasi pelbagai jenis keadaan jalan, sama ada atas tarmac, mahupun off-road.

 

gs

 

Dari segi kuasa dan enjin, ia menggunakan enjin boxer silinder berkembar 1300cc yang baharu lebih dipertingkatkan dari versi pertama kali diperkenalkan pada R1300 GS.

 

gs

 

Enjin boxer yang direka dengan transmisi dipasang di bahagian bawah dan teknologi BMW ShiftCam untuk mengubah timing valve dan valve stroke pada bahagian intake.

Enjin GSA 13 ini mampu menjana kuasa output maksimum pada 145hp pada 7,750 rpm dan mencapai kuasa tork maksimum padaa 149Nm pada 6,500 rpm.

 

gs

 

Apa yang menarik pada model ini adalah, ciri Automated Shift Assistant (ASA) hadir sebagai optional yang beroperasi sebagai klac dan shift gear secara automatik mengikut mod tunggangan yang dipilih.

Dengan Automated Shift Assistant (ASA), BMW Motorrad menawarkan penyelesaian teknikal yang inovatif untuk menjadikan motosikal lebih mudah dan selesa.

gs

 

Sesuai dengan moto "Simplify your ride", pengalaman menunggang dipertingkatkan lagi dengan automasi klac dan shift gear, tanpa mengorbankan dinamik emosi yang penting dalam penukaran gear.

Automated Shift Assistant (ASA) juga akan tersedia sebagai pilihan pada BMW R 1300 GS dari model tahun 2025.

Selain itu, casis yang direka bentuk semula sepenuhnya berbanding model terdahulu dengan bingkai utama kepingan logam dan rangka belakang tiub kekisi aluminium.

gs

 

Tambahan, kini ketepatan kawalan yang lebih baik dan kestabilan tunggangan berkat EVO Telelever baharu dengan elemen flex dan panduan roda belakang EVO Paralever yang diperbaharui semula.

Ciri-ciri seperti reka bentuk, ia tampil dengan reka bentuk yang lebih edgy dan geometri yang membawa kepada gaya baharu untuk barisan model GS ini.

 

gs

 

Jelas dilihat, reka bentuk lampu hadapan LED Matrik baharu dengan Headlight Pro yang kini nampak lebih agresif, tambahan lampu isyarat direka menjadi sebahagian pelindung tangan.

 

gs

 

GSA 13 ini tampil dengan tangki bahan api aluminium berkapasiti sehingga 30 liter yang sudah pasti memberi jarak tunggangan yang lebih jauh sesuai dengan ciri motosikal touring.

 

gs

 

Selain itu, untuk paparan penunggang, ia tampil dengan skrin TFT instrumen kluster pelbagai fungsi bersaiz 6.5 inci berwarna penuh yang pasti beri visual jelas pada pengguna.

Hadir sebagai ciri standard adalah, BMW Motorrad Full Integral ABS, empat mod tunggangan iaitu Road, Rain, Eco dan tambahan baharu Enduro, yang meningkatkan pengalaman tunggangan off-road.

 

gs

 

Selain itu, ciri seperti Engine drag torque control (MSR), Dynamic Brake Control (DBC), Hill Start Control (HSC), Dynamic Traction Control (DTC) turut hadir sebagai ciri standard.

Untuk ciri bantuan tunggangan, ia tampil dengan Active Cruise Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), Lane Change Warning dan Rear End Collision Warning (RECW).

Tambahan sebagai ciri optional ex works, handlebar boleh ditinggikan sehingga 30mm, variasi ketinggian tempat duduk dengan pelarasan kawalan ketinggian motosikal kepada comfort dan sport.

 

gs

 

Ciri Electronic Dynamic Suspension Adjustment (DSA) untuk pelarasan dinamik kadar damper dan spring, merupakan sebagai peralatan optional.

Ia turut hadir dengan ciri pemanasan tempat duduk untuk penunggang dan penumpang untuk menyesuaikan keselesaan ketika menunggang motosikal terutama sekali perjalanan jauh.

 

gs

 

Selain itu, BMW R1300 GS Adventure turut tampilkan dengan pilihan varian seperti Triple Black, GS Trophy dan Option 719 Karakorum yang berbeza dari segi warna dan keterampilan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pelancaran model legenda BMW R1300 GS tahun turut melihat syarikat itu memperkenalkan sistem…
Informasi
Stabil Susun atur enjin boxer memberikan ia titik graviti yang rapat ke bumi, menjadikan ia sangat…
Berita Global
Ada juga beberapa perkara tentang GS ini yang sebenarnya boleh dikaitkan dengan sebuah kenderaan…