Honda CBR650R & CB650R E-Clutch dilancarkan di Malaysia - dari RM47,999

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda selaku pengedar rasmi motosikal Honda baharu sahaja melancarkan dua model baharu Honda CBR650R dan CB650R yang dilengkapi dengan teknologi terkini Honda E-Clutch.
CHERY Tiggo 7 Pro MREC Banner Campaign November 2024
JAECOO OMODA C9 MREC Banner Campaign December 2024

Honda E-Clutch merupakan teknologi elektronik yang ditambah pada kedua-dua model tersebut bagi memberi pengalaman tunggangan yang lebih menarik dan mudah.

 

honda

 

Komponen elektronik itu membantu dan memudahkan penunggang dalam apa jua keadaan tunggangan sama ada tunggangan agresif mahupun tunggangan santai.

Kehadiran teknologi itu sememangnya lebih memudahkan penunggang tidak kira tahap samada beginner atau advance, kerana penunggang tidak perlu risau jika tuil klac tidak ditarik ketika menukar gear atau memberhentikan motosikal.

 

honda

 

Penunggang juga tidak perlu risau sekiranya tidak meletakkan posisi gear pada Neutral ’N’, jika berada dalam keadaan apa gear sekalipun, termasuk gear 6, motosikal tidak akan mati jika tuil klac tidak tarik.

Walaubagaimanapun, Honda E-Clutch boleh dipadamkan sekiranya penunggang mahu menggunakan tuil klac bagi tunggangan prestasi di dalam trek.

 

honda

 

Menurut pihak Boon Siew Honda juga, kos servis adalah sama seperti biasa, kerana Honda E-Clutch tidak memerlukan apa-apa servis, ia kerana teknologi itu merupakan komponen elektronik.

Di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara ketiga yang menerima kedua-dua model CBR650R dan CB650R yang dilengkapi dengan teknologi Honda E-Clutch.

 

honda

 

Bagi spesifikasi motosikal, kedua-dua model menggunakan enjin yang sama, dan menghasilkan prestasi yang sama.

Kedua-dua motosikal itu dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris 649cc DOHC yang menghasilkan kuasa output sehingga 93.8HP pada 12,000RPM dan tork maksimum sehingga 63Nm pada 9,500RPM.

 

honda

 

Perbezaan ketara pada kedua-dua model ini adalah penggayaannya, CBR650R tampil lebih sporty yang dilengkapi fairing dan pencahayaan lampu hadapan LED yang agresif.

Manakala model CB650R menggayakan motosikal naked dengan tema retro moden, yang menampilkan pencahayaan lampu hadapan LED bulat.

 

honda

 

Ciri-ciri lain yang kekal sama adalah, unit suspension fork hadapan jenis upside down model jenama Showa Big Piston bersaiz 41mm.

Selain itu, kedua-duanya juga menggunakan unit suspension belakang yang sama iaitu monoshock damper boleh laras.

 

honda

 

Oleh kerana karakter berbeza, dua model ini menggunakan casis rangka jenis steel diamond yang sama, namun mempunyai beberapa ukuran dimensi berbeza;

Honda CBR650R mempunyai jarak lega bumi pada 130mm, 750mm lebar, 1145mm tinggi dan berat kerb sehingga 211kg.

 

honda

 

Manakala model naked CB650R, ia mempunyai jarak lega bumi pada 150mm, 780mm lebar, 1075mm tinggi dan berat kerb lebih ringan pada 207kg.

Pada bahagian roda, kedua-duanya menggunakan roda saiz 17inci dibaluti dengan tayar bersaiz 120/70ZR hadapan dan 180/55ZR belakang.

 

honda

 

Kedua-dua bahagian roda dilengkapi dengan sistem brek ABS dua saluran, dan roda hadapan menampilkan dua cakera brek bersaiz 310mm yang diangkup kaliper brek 4 piston manakala belakang menampilkan satu cakera brek bersaiz 240mm yang diangkup kaliper brek 1 piston.

Sebagai model baharu, antara ciri dipertingkatkan adalah paparan TFT berwarna penuh bersaiz 5-inci, pencahayaan LED dan port pengecasan USB Type-C.

 

honda

 

Teknologi canggih lain adalah seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) menyediakan kawalan cengkaman yang lancar, serta Honda RoadSync Smartphone Connectivity membolehkan akses mudah kepada navigasi dan muzik.

Bagi variasi warna dan harga, Honda CBR650R ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Matte Gunpowder Black Metallic yang dijual dengan harga bermula dari RM49,999.

 

honda

 

Manakala bagi Honda CB650R, ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Laurel Green Metallic dan Candy Chromosphere Red yang dijual dengan harga bermula dari RM47,999.

Setiap pembelian motosikal Honda akan menerima pakej waranti selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km mengikut mana-mana sampai dahulu.

Honda CBR650R
Honda CBR650R
Honda CB650R
Honda CB650R