"Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 405 kenderaan telah diambil tindakan dan 1,006 notis telah dikeluarkan.
"Kesalahan melibatkan teknikal kenderaan merupakan kesalahan tertinggi iaitu (230 kes) diikuti tiada lesen memandu (159 kes), tiada perlindungan insurans (132 kes) dan lesen kenderaan motor tamat tempoh (127 kes)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, sebanyak 57 kesalahan memandu semasa tempoh larangan kenderaan dan 20 kesalahan tiada lesen vokasional (GDL/PSV).
Tambahnya, 19 kenderaan pula telah diambil tindakan sita yang mana 13 daripadanya disebabkan memandu semasa tempoh larangan.
"Berdasarkan statistik, pematuhan terhadap larangan pemanduan kenderaan barangan semasa musim perayaan masih rendah.
"Pelbagai alasan yang diberikan oleh pemandu kenderaan berat termasuk tidak tahu mengenai larangan kenderaan berat," katanya.
Jelasnya, tujuan larangan berkenaan dilaksanakan supaya dapat dihadkan pergerakan kenderaan berat di atas jalan sekali gus mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan berikutan pertambahan jumlah kenderaan pada musim perayaan.
Tambahnya, pihaknya juga menegaskan yang operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya semasa musim perayaan yang padat dengan kenderaan persendirian.
- Sudah tiba masa undang-undang beserta hukuman lebih berat diperkenalkan -