JPJ Terengganu - Sita kenderaan perdagangan guna 'ejen kosmetik' untuk lulus PUSPAKOM

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan mengambil tindakan tegas termasuk menyita kenderaan yang dikesan menggunakan 'ejen kosmetik' yang menyediakan khidmat kepada kenderaan berat, termasuk 'sewa tayar' bagi mendapat kelulusan PUSPAKOM.

Pengarahnya, Zamri Samion berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pemilik kenderaan perdagangan yang dikesan melakukan penipuan itu.

Beliau berkata, ini kerana kegiatan penipuan itu membabitkan keselamatan awam dan memberi risiko bahaya kepada pengguna kenderaan lain.
CHERY Tiggo 7 Pro MREC Banner Campaign November 2024
JAECOO OMODA C9 MREC Banner Campaign December 2024

"JPJ Terengganu memandang serius kesalahan ini dan tidak sesekali berkompromi dan mengambil tindakan tegas termasuk menyita kenderaan yang terbabit dengan kesalahan itu (guna ejen kosmetik)," katanya ditemui selepas melakukan pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bas Eskpres Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Sirim Berhad dalam usaha menangani isu 'ejen kosmetik' di negeri ini.

Katanya, pihaknya juga akan meningkatkan pemeriksaan di pintu keluar PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan yang melalui pemeriksaan di pusat berkenaan bebas daripada penggunaan 'ejen kosmetik.

"Kita sudah menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 160 kenderaan di pintu keluar PUSPAKOM dan belum menemui kesalahan besar yang membabitkan tayar celup atau tayar ganti uzur yang tidak selamat," katanya.

Khidmat menukar tayar atau komponen lain kepada yang elok semata-mata untuk lulus pemeriksaan PUSPAKOM ada diiklankan secara terbuka di media sosial yang mencuri tumpuan selepas tragedi mengorbankan tujuh nyawa di Melaka, 23 Disember lalu.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, operasi itu juga susulan penggunaan…
Berita Domestik
“Kita akan memperketatkan lagi pemantauan dan pengesahan terhadap tayar celup di pasaran bagi…
Berita Domestik
Bagaimanapun kualiti tayar berkenaan, sama ada ia selamat dan sesuai digunakan dengan cuaca negara…