Katanya, Malaysia dan dan Kuwait secara dasarnya sudah bersetuju dengan pembelian berkenaan namun beberapa proses dokumentasi akan dimuktamadkan termasuk perjanjian dan perkara yang berkaitan termasuk harga perolehan.
"Pembelian pesawat terpakai tidak menjadi isu kerana terdapat dua aspek kesediaan dari segi pertahanan negara yang perlu dipersiapkan dengan salah satu dengan pembelian aset baru dan terpakai.
"Jika aset baru cabaran ialah masa kerana dalam persiapkan pertahanan negara salah satu pilihan membeli aset terpakai selepas dinilai TUDM sendiri.
"Berdasarkan penilaian mereka, memang ada keperluan untuk pesawat terbabit dan ia masih mempunyai keupayaan malah dalam jangka masa panjang boleh memberi sesuatu yang baik dalam menjaga pertahanan dan kedaulatan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan faedah Ganjaran Hilang Upaya (GHU) kepada seramai 38 veteran ATM dari zon Tengah iaitu Melaka dan Negeri Sembilan pada Sabtu.