Ketika ditahan, bot berkenaan berada pada kedudukan 0.9 batu nautika timur laut dari muara Kuala Besut.
"Kita dapati kesemua penumpang tidak memakai jaket keselamatan dan bot dinaiki beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut Malaysia.
"Pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan membawa 20 penumpang termasuk tekong, pembantu serta tujuh kanak-kanak.
"Kita percaya, kesalahan ini dilakukan kerana pengusaha bot lebih mementingkan keuntungan berbanding aspek keselamatan penumpang," katanya di Kuala Terengganu pada Isnin.
Sehubungan itu, katanya pihaknya akan menjalankan pemantauan lebih ketat bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang.
"Kami memandang serius isu ini dan akan mempertingkatkan rondaan di kawasan- kawasan aktiviti pelancongan bagi memastikan keselamatan pelancong serta mencegah sebarang insiden tidak diingini," katanya.